Tentang Akademi
Pengasas & Pasukan Coach Kami
Ezzat Aiman ialah pengasas dan pengerusi Ezz Swim Academy. Beliau mengurus dan menentukan hala tuju akademi. Kelas renang dikendalikan oleh pasukan coach kami di Salak Perdana, Sepang.
Ezzat Aiman is the founder and chairman of Ezz Swim Academy. Our coaching team leads the swimming lessons.

Cara pasukan kami mengajar
Kami nak setiap pelajar rasa selesa dan lebih yakin dalam air. Coach kami ajar ikut tahap pelajar, langkah demi langkah, dengan fokus pada teknik asas dan keselamatan dalam air.
Dalam kelas kumpulan, seorang coach membimbing maksimum 4 pelajar. Dengan kelas kecil, coach ada masa untuk perhatikan setiap pelajar dan bantu betulkan teknik dari awal.
Cari kelas yang sesuai
- Kelas kanak-kanak untuk umur 3 tahun ke atas.
- Kelas dewasa untuk beginner dan yang nak baiki teknik.
- Kelas private secara 1-to-1, 1-to-2 atau 1-to-3.
- Kelas Muslimah dengan coach wanita dalam sesi tertutup.
Kalau belum pasti nak pilih kelas yang mana, mula dengan sesi trial.
Soalan lazim
Siapa yang akan mengajar kelas saya?
Kelas dikendalikan oleh pasukan coach Ezz Swim Academy. Beritahu kami umur pelajar, tahap renang dan waktu yang sesuai. Kami akan bantu semak pilihan kelas dan slot yang ada.
Siapa yang mengajar kelas Muslimah?
Coach wanita daripada pasukan kami. Sesi tertutup dan tiada lelaki sepanjang kelas.
Lokasi
40-G, Jalan Kenanga 1/3, Jln Salak Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor
Isnin tutup
Kemas kini: 29 November 2026
